Pages

Wednesday, December 28, 2011

Exam dan Peperiksaan

Assalamualaikum.


Sekarang ni musim orang mengawan mengambil peperiksaan,
dan yang pastinya sorang-sorang muka dah mula ketat semacam sebab belajar benda yang
satu sem dalam masa seminggu je or less.
Hebat kan?Haha.

Dan pastinya time inilah orang mula ramai berbondong-bondong menuju ke perpustakaan.  
Yela.Ok, termasuklah aku juga.  
Study katanya.

Well, aku start exam pun lagi 2 minggu tambah tolak.. sekarang aku stidu je lebih.
Bila la nak turun rahmat kat aku ni yek..ngeeeee!

Anyway, aku nak wishes good luck to all yang mengambil peperiksaan.
Adios.

Belajar rajin-rajin,
Ingat mak bapak.

Saturday, December 24, 2011

Penghujung Tahun, Ragam dan Memori

Senyum.

Duga langkah terhenti pasti bila destinasi menjadi tentu

Sedar mahupun tidak, lagi beberapa ketika akan mulalah tahun baru.
Tahun 2012.
Pelbagai memori yang tercipta, yang manis, yang pahit, dan tak kurang juga bercampur keduanya..
Eh!? Bagaimana pula macam itu Jaded?
Apa saja boleh terjadi kan, hurmm.

Aku tak nak cerita panjang-panjang, tapi cukup lah yang aku tahu,
aku mahu tinggalkan tahun 2011 ini secepatnya.
Terlampau banyak derita dan kepedihan bagi aku..haha (eh,boleh gelak pulak?)

Anyway, aku rasa its better for me to move on, again..
Till next time,
Sayonara.


Manusia yang pelbagai ragam.
Yang tak mengerti bahawa hati ini rapuh.
Yang merentap hati ini menjadi debu-debu halus.

Aku doakan kau bahagia selalu.
P/S: Bukankah doa orang yang teraniaya dimakbulkan Tuhan..haha

Sunday, December 11, 2011

Aku Pun Manusia Biasa

Senyum.


Semua bermula dari sekarang.


Kadang-kadang bila memikirkan masa depan terdetik juga sedikit kegusaran.
Rasa macam terlalu banyak perkara yang tak pasti.
Kerja?
Jodoh?
Ajal?
Apa-apa boleh terjadi kan?

Semuanya bakal dicorakkan dari masa ini.
Bakal ditentukan pada hari ini.

Tapi hidup sekarang tidak indah, bagaimana pula mahu pasti akan mendapat hidup yang indah kelak?
Mudah sahaja.
DOA.

Tapi gaya aku cakap macam la benda tu senang kan?
Macam la aku tak ada masalah.

Apa nak buat..
Hidup mesti diteruskan walau apa jua dugaan yang datang.

*Maaf..post ni memang merapu..kahkah!

Thursday, December 1, 2011

Usia Penghalang Percintaan?

Hai, Assalamualaikum.


Bukan berapa usianya tapi siapa dia


Senyum sendiri.
Teringat kenangan lama, tapi apakah dia?
Ah, biarkan saja tersimpan di hati.
Terbuku erat dan rapat.
Simpan ketat-ketat.

Kadang-kadang dalam kehidupan kita tak akan terlepas daripada berdepan dengan masalah, kannn?
yang masih belajar dengan masalah assignment,
yang sedang bekerja dengan masalah kerja,
yang miskin dengan masalah duit,
yang kaya dengan masalah duit..erk? duit juga?
dan yang bercinta dengan masalah cinta.

Cinta. 
Cukup sinonim dengan usia, ye dak? 
Takkan wujud frasa "cinta monyet" kalau tak dikaitkan dengan usia.
Kenangan menerpa. 
Ah, biarkan saja. 

Bercinta dengan orang yang tak seusia dengan kita?
Kalau perempuan dengan lelaki yang lebih tua, itu biasa.
Tapi, kalau perempuan dengan lelaki yang lebih muda?
Janggal mungkin?

Si lelaki,
Sebenarnya tiada masalah andai kata kamu bercinta dengan orang yang lagi tua dari kamu.
Cuma pastikan persefahaman wujud antara korang berdua.
Tak guna bercinta kalau sebelah pihak saja yang menghulur walhal sebelah pihak lagi,
menjeling pun tidak kan?kan?

Si perempuan,
Setiap hubungan ada risikonya.
Andai jodoh kamu dengan mereka yang lagi muda dari kamu,
Terima dia dan layan dia seolah-olah dia sebaya dengan kamu, walaupun hakikatnya tidak.
Jangan wujudkan istilah aku lagi tua dari kamu, jadi aku lagi berpengalaman dari kamu.
Umur tidak melambangkan pengalaman seseorang, okay?

Terimalah pasangan kamu seadanya.
Paling penting, jangan permainkan hati dia seandainya memang tiada ruang untuk dia di hati, yek.


To Love Is Nothing,
To Be Loved Is Something,
To Love And To Be Loved Is Everything