Pages

Thursday, November 15, 2012

Parent Wannabe

Duduk kat rumah sepanjang minggu cuti semester nie,
kemain penuh rumah aku dengan budak-budak.
Anak sape tah la ni,
sume minta penampo..
kehkehkeh. Okey, tang tu aku gurau je.


Pengaruh mak aku ni kira besar jugak la,
tak satu taman kenal, satu KL lagi la tak kenal.
Tapi, sebab mak aku ni pandai jaga budak,
walaupun ditolak, orang nak juga suruh mak aku jaga anak-anak diorang ni.
Alaaa, jadi pengasuh budak la.  
Kemon. Kemon. Takkan tu pun tak tahu.


Hasil pemerhatian aku terhadap gejala menghantar anak ke rumah orang perseorangan,
iaitu macam hantar kat mak aku ni la,
yakni bukan nurseri. Alaaa, nurseri tu rumah warna-warni penuh budak-budak tu.
Ade gelongsor-gelongsor kengkadang. 
Bukan nurseri yang jual pokok bunga tu.
Kemon. Kemon. Takkan tu pun tak tahu.


Aku cuma nak bagi nasihat/tips sikit la kat mak bapak yang nak
hantar anak diorang kat orang perseorangan macam ni,
bukan ape..
kadang-kadang ada mak bapak ni yang jenis
tak paham bahasa atau
buat-buat tak paham bahasa atau
memang lembap kut..KUT.
kan aku da cakap kut tu.


Antara yang patut diberi perhatian :-
  • Please ambil anak korang lepas je korang balik dari kerja. Kalau ye pun nak shopping sakan, ambil anak pastu gi la shopping. Kan manis bershopping bersama-sama suami dan anak tersayang Jah oiii. Anak ko pun nak jalan jugak.
  • Tak payah mengada-ngada nak ambil cuti pastu nak hantar anak suruh orang jaga. Banyak senang hidup kau. Tu anak kau, bukan anak orang. kalau nak buat macam tu, tolong hantar anak anda ke nurseri in the first place.
  • Tolong ambil anak anda selewat-lewatnya pukul 6.30 petang. Ini penting sebab selalunye bapak aku letak budak-budak-tak-bersalah-tapi-mak-bapak-die-buat-muka-tak-bersalah macam ni kat luar pagar lepas je pukul 6.30 petang. Apa kau ingat pengasuh tak reti nak rehat? Nak ngadap je anak kau 24 jam? *aku letak bintang jugakla, aku tipu bab letak luar tu. Kang ada yang percaya bulat-bulat pulak. Ceyh.
  • Sila bagi saguhati kepada pengasuh selalu. Kurang-kurang beli la Gucci ke, Prada ke, Porsche ke kat pengasuh. Senang hati dia nak jaga anak kau. *yang ni bukan compulsory. 
  •  Siapkan pakaian anak anda secukupnya. Lebih pun tak apa. Budak-budak rajin main. Baju selalu kotor. kalau kau bagi sehelai je untuk die pakai petang mase kau nak ambil. Kemungkinan besar memang anak kau mandi time petang tu je la. Sekian.
  •  Makanan kunyah-kunyah untuk anak kau. Kau tak payah risau la takut makanan tu bagi kat budak lain. Kalau nurseri aku tak tahu la. Alaaa, anggap sedekah sudah kalau jadi pun. Pahala sapa tak nak?


Aku rase aku dah malas nak cerita panjang-panjang lagi.
Oh, tips yang paling penting yang patut aku bagitahu mengalahkan tips-tips kat atas tu.

  • Masa ambil anak anda, lepas je ambil barang-barang anak, si pengasuh cerita sikit pasal anak, sila lah pulang. Pengasuh tu dah la penat jaga anak kau. Kalau hari-hari kau datang nak ambil anak kau pastu nak serve kau kopi la teh la kejadahnye? Kalau sekali-sekala tak pe jugak. Kut kalau pengasuh ada hal, takkan nak halau kau kut?

  • Ini untuk bapak, kalau nak ambil anak tu cukup lah sampai kat pintu rumah. Tak perlu lah nak masuk sampai dalam. Kalau nak ambil anak dalam buaian misalnya, fine, angkat dan segeralah keluar. Tak payah terhegeh-hegeh nak agah-agah anak dalam buaian la, ape la. Kat rumah kau nanti buatlah puas-puas. Kat rumah orang tak payah. Untuk isteri takpe, tapi rujuk rule di atas. TQ =))


Macam mane? Dah berkira-kira nak hantar ke rumah pengasuh?
Aku cerita macam ni untuk jenis yang tak hantar ke nurseri la. Nurseri tu lain. Ramai budak.










Saturday, November 3, 2012

SEMANGAT

tibe-tibe aku terjaga dari tidur.
tibe-tibe aku bersiap untuk solat subuh.
tibe-tibe aku habis solat subuh.
tibe-tibe aku siap nak pergi jogging.
tibe-tibe aku jogging.
tibe-tibe.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
apesal tibe-tibe rajin pulak bebudak accounting ni buat jogathon pepagi buta ni?
habis kacau mood aku nak jogging.
-
-
-
-
-
aku sambung tido balik. tibe-tibe.

Tuesday, October 9, 2012

SEKEJAP

Aku memang tak ada masa nak tulis panjang-panjang.
Sebab itu selalunya aku malas nak tulis dalam blog. *berbulan terabai.
So, aku rasa kehidupan sebagai seorang student sangat la padat masanya.
Pagi ada tournament PES2013, tengahari ada training Call of Duty, malam buat strategi dalam DOTA.
Busy kan? busy kan?
Dah la lecturer selalu tanya soalan yang tak ada dalam benda yang aku study nun.

ANYWAY, being a student should be fun, right?
Yeah, kalau tak ada assignment.
Ok.

Monday, July 16, 2012

Kisah Hati


Kadang-kadang ada orang mengadu kat gua. Minta nasihat gua sebab gua ni sememangnya azali lagi pandai beri nasihat dekat orang. Percaya? Gua pun tak percaya gua boleh nasihat orang.

Kawan gua ni bukan apa. Lembut hati sikit orangnya. Muka dah la inesen abis kalaulah pergi mencuri kat kedai Pak Abu pun orang tak percaya dia gi mencuri. Sampai tahap tu inesen dia. Jadi berbekalkan muka inesen die tu, dia pun meminta nasihat gua pasal kisah cinta dia. Gua kata. "Wadehek". Muka cintan la sangat gua. Tapi gua tetap mendengar cerita beliau atas semangat Pengakap gua. Apa kaitan dengan pengakap pun gua pun tak tahu.





Tahniah kalau korang baca sampai sini.
Sebenarnya gua nak bagitahu pasal gua boleh bagi nasihat kat kawan gua je. Harhar.









Thursday, July 12, 2012

Annoying Post on FB Timeline

Assalamualaikum.

FACEBOOK. Gua rasa zaman ni mostly semua orang ada at least satu akaun facebook kan. At least.
Jadi, sepanjang gua berkecimpung dalam benda-benda soSial networking nie, gua perhati banyak benda yang gua rasa sangat sangat gua annoying, dan benda ni macam selalu berulang-ulang di timeline gua.

Sooo, here will be my list of ANNOYING POSTS by someone one my timeline view.

1. BERDAKWAH AGAMA 
  • Tolong jangan ingat gua murtad.
  • Gua sangat-sangat mengalu-alukan kehadiran mesej-mesej dakwah dalam facebook gua, tapi yang buat gua rasa super duper annoying sebab gua tak suka orang yang berdakwah mengeluarkan kata-kata bangang. Melabelkan orang yang kurang ilmu agama sebagai bodoh la dan apa macam. Serius SHIT and FUCKING HELL to U.
  • Ilmu agama kau dah cukup tinggi? Kenapa tak ikut sunnah Rasullullah S.A.W? Tak tahu apa itu sunnah. Sunnah itu adalah segala apa yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. termasuklah perbuatan dan perkataan Baginda. Segala yang disandarkan kepada Rasulullah. Baginda tak pernah memaki-hamun mereka yang jahil. SO, WHY DON'T U FOLLOW?
  • Ikhlasnya, aku menyokong sesiapa yang berdakwah di medium sosial macam ni. Tak salah kalau nak berdakwah kat FB ni, tak salah.
  • Cuma jagalah cara anda berdakwah. Siapa yang nak masuk agama yang penganutnya tiada budi pekerti? Fikirkanlah.

2. HACK
  • Ini pun gua rasa created by someone yang tak reti istilah komputer ni.
  • Ada beza antara 'hack' dan 'being a dumb tak reti log out fb'.
  • Hacking bila kau gunakan kemahiran yang kau ada untuk memecah masuk sekuriti sistem misalnya, not just merely typing something using someone profile who doesn't know how to log out of the account. Tak adventure langsung.
  • "Hacking versus dumb"..it's different dude. 

3. BERDOA DALAM FB
  • Serius, ni dah jadi masalah besar dalam kehidupan para muslimin dan muslimat sekalian sekarang.
  • Kenapa menaip doa yang ingin kau pohonkan dalam dalam fb?
  • Nak bermegah sebab kau boleh doa macam tu ke? Ewwww, not cool.
  • Kau nak berdoa dalam hati pun Allah dah dengar. Dah tahu kehendak kau. Ke kau ingat Allah scan doa yang Dia nak makbulkan melalui Facebook? Jangan dik, jangan, akidah tu dik oii.
  • Biarlah doa yang kita inginkan kita je yang tahu, yang penting kite ikhlas. Ye dak?

Pokoknya, ini antara yang gua rasa gua sangat annoying.  Korang terasa? Kesah pulak gua...

Sunday, July 1, 2012

Minggu Pertama Intern

Sepanjang minggu ni aku rasa macam aku dah masuk dalam drama tv melayu. 
Itu je mampu aku katakan.

Anyhow, aku masih lagi belum berpeluang untuk pergi ke 'construction site', mungkin Selasa depan rasanya aku bakal menjejakkan kaki ke sana.

Apa yang aku ketahui, rupa-rupanya apa yang aku belajar digunakan lagi, maknanya aku kena belajar balik benda yang aku malas nak belajar. Ooooh, sungguh noob rasenya.


Monday, June 25, 2012

Beginikah Praktikal

Syarat untuk bergraduasi.."Anda mestilah berpraktikal".
hati aku resah dan x reti nak duduk diam..
esok aku bakal berpraktikal..
"aduh".
itu je mampu aku katakan. aku masih tak bersedia.
Any tips?duhh~~!

Sunday, June 3, 2012

Tips Hadapi Putus Cinta

Hello jejaka-jejaka tampan dan gadis-gadis cute yang putus cinta sekalian, 
alalalala ciannye dia putus cinta.

Korang pernah bercinta?
Tak pernah??
Hurmmm, kesian-kesian. Nanti bercinta lepas kahwin yek.=))
Tapi, mesti ramai antara korang pernah bercinta, dan mestilah ramai jugak antara korang yang dah pun pernah merasa putus cinta. 
Jadi, hari ini guwa nak bercerita sikit tentang menghadapi keputusan kecintaan kat awak-awak di luar sana.

1. BLAME THE OTHER PARTY.
 Well, tipulah kalau korang kata korang takkan salahkan pihak yang satu lagi. Sebenarnya dengan menyalahkan pihak yang satu lagi, korang membebaskan aura dendam dan benci korang yang tersimpan dalam hati. Percayalah, bina ego dengan cara ini untuk korang bina semula hati korang yang rapuh tu. (rapuh ke?). Tapi, salahkan bukan seratus peratus sebab pastinya sedikit sebanyak kita juga ada saham dalam hal berlaku, ye dak?


2. MAKAN CEKELAT
Cekelat tu ape? Cekelat tu coklat ye adik-adik..Eh? ade abang tengah bace..Coklat ye abang hensem yang tengah putus cinta..=)).Peace yaw.~~!

Buat awak-awak yang putus cinta di luar sana, coklat boleh meredakan tekanan perasaan..taw dak?

"tapi nanti saya gemuk..muka naik jerawat"

Yang korang patut tahu, makan coklat tak ada nye nak jadikan awak-awak gemuk dan berjerawat. Tapi kalau awak-awak duk kejap-kejap makan cekelat tu memang wa tataw nak cakap apa la kan. Mungkin boleh naik jugaklah kut badan tu sekilo dua. Makanlah sekadar-sekadar ye.=))


 3. MALAM MASIH MUDA
Korang masih muda. Perjalanan pun masih jauh. Ape kata daripada korang duduk berjam-jam menangis mengenangkan si dia yang mungkin sedang bahagia dengan hidup dia lepas break dengan korang, cuba lah korang hang out dengan kawan-kawan. Mana lah tahu kan, kut-kut ada jodoh korang yang baru pula antara kawan-kawan korang tu. Jodoh kan tak berbau.~~!


 Pendek kata, bercinta memang mudah, jagalah diri dan maruah.
Assalamualaikum dan jumpa lagi.~~!

p/s:baca boleh buat risiko sendiri..haha

Friday, June 1, 2012

Kau Kena Tahu..


Pada awal pembabitan aku dalam penulisan blog, aku sebenarnya prefer nak tulis apa yang aku rasa dalam diri aku, apa yang aku tak puas hati, apa yang aku benci, some sort of things like that. But, in the end, i just realized that ia macam suicide notes pulak.. HAHA.

Some things are better left unspoken/unwritten. bettter that way, huh?
i guess..


Wednesday, March 21, 2012

Petunjuk istikharah pada saat kau memerlukan.

Assalamualaikum.

Aku pernah alami satu saat bila aku perlukan petunjuk sangat-sangat.
Saat itu aku rasa musykil akan keputusan yang perlu aku buat.
Dan aku takut keputusan yang aku ambil boleh mengubah hidup aku jadi lebih teruk, atau lebih baik mungkin.

Dan sebaik-baik jalan yang aku ada adalah...

"Solat Istikharah"

Aku percaya ramai yang pernah buat solat Istikharah ni, tapi pernah ke diorang dapat petunjuk yang yang diorang perlukan..

Aku pernah.

Petunjuk dia tak semestinya nampak terang-terangan macam:-
  • Orang tua pakai baju putih tiba-tiba tegur kau kata kau kena buat macam ni macam tu...No!No!No! Bukan tak mustahil tapi memang ajaiblah kalau jadi macam tu.
  • Tiba-tiba kertas jatuh dari langit siap tulis petunjuk kau..hurmmmm.boleh jadi..Kalau duit atas jalan, maybe la kut.
Kadang-kadang petunjuk dia mungkin akan hadir dalam bentuk perasaan kau.
Hati kau kuat katakan yang itu jalan terbaik. Jadi kau pun pilihlah jalan itu.
Dan mungkin juga kadang-kadang ianya turun dalam mimpi kau. Terbaik!!

Bagi aku Istikharah adalah sebaik-baik jalan apabila manusia ingin membuat keputusan.
Kita hambaNya. Dan Dia yang mengetahui segala-segalanya.

Wednesday, February 29, 2012

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti =))











Disclaimer: I googled these pictures.
Source of picture : Click the picture,will you?

Sunday, February 19, 2012

Kalau kau rasa kau betul..kau betul la

Setiap entry aku yang penuh emosi,
mesti aku ada sikit perasaan ghairah nak menulis.
Haaa!! Tengok, baru je sebut ghairah, cepat bebeno kome nak usya post aku kan.

Hari ini aku nak cerita pasal tikam belakang kawan.
Satu perasaan yang akan kita dapat bila kena tikam dari belakang adalah perasaan sakit.
Kut-kut ada sesiapa yang merasa gembira apabila ditikam dari belakang, sila letak tangan kiri kat dagu.
Hah! Tangan kat mana tu? Tangan kiri? Dagu?
Aku boleh tolong tikam betul-betul kalau nak tahu sakit ke tak, mau?

Aku rasa la, orang yang tikam belakang orang ni tak pernah rasa kut macam mana kena tikam dari belakang.
Lebih-lebih lagi yang mangsanya adalah kawan sepermainan, sekelas, sekatil,erk?, dan macam-macam se-lagi. Tak ke korang tahu perasaan sakit itu boleh menyebabkan mangsa menjadi pedendam. Dendam ni. Dendam ni. Eh. Please jangan kotor sangat ek, bukan lurah dendam tau. Yang tu lain.

Kalau gua boleh cakap la kan, gua rasa gua nak tikam belakang diorang balik.
Gua cakap je, tak niat pun..

Monday, February 6, 2012

cerita tanpa nama tanpa rasa

assalamualaikum,

buang masa....
buang masa....
buang masa....

kebelakangan ini aku banyak menulis benda yang mengarut dan menjengkelkan..
terasa malas mahu menulis sesuatu yang serius..
apatah lagi ingin menceritakan kehidupan peribadi..
macam mendedahkan diri berbogel di depan orang ramai..
apakan daya..
ini blog aku yang aku punya..
yang mendengar tanpa ada rasa jemu..
kerana..
pembaca setianya hanyalah
aku..
apa??
ada pembaca setia di luar sana?
aku musykil juga.

keputusan yang kita ambil dalam kehidupan kita seharian,
yang kita rasakan adalah terbaik,
tapi sebaliknya,
mengundang rasa tidak senang pada sekeliling,
apa perlu aku kira?
biarkan walaupun merobek hati,
atau menjengah walau memakan diri..
apakah perasaan ini?
haish!!

Sunday, February 5, 2012

Perasaan Aneh

Kau jenguk ke kiri dan ke kanan.
Aneh!
Dan merasakan ada sesuatu yang kurang dari kebiasaannya.
Apakah dia?

Adakah bersangkut paut dengan alam mistik?
Atau, perasaan hati yang sukar dimengerti.


 
pilihan yang sukar dimengerti..

Andainya pilihan adalah sesuatu yang sukar,
just throw a dice..will do kah?

Friday, February 3, 2012

Misi : Menjejak Turner Part 1

Agent Jaded menunjukkan kad kuasanya..


Sayup-sayup kedengaran nama aku dipanggil Presiden Sayup..kenapa nama dia Sayup..masih menjadi tanda tanya dan misteri sampai sekarang.

"Agent Jaded, aku ada tugasan untuk engkau." Presiden Sayup tiba-tiba bersuara memecah keheningan.

"Ahh setan, aku juga yang di carinya.."kata aku dalam hati sambil merasakan pasti setan sedang tersedak sebab namanya disebut.

"Aku nak kau cari Agent Turner, dia dikatakan hilang semasa pulang dari membeli pampers"

"Erk, pampers?" aku pura2 terkejut padahal aku tahu yang Agent Turner memang selalu kencing malam masa tidur. "Baiklah, aku akan cari dia. Ada apa-apa petunjuk yang ditinggalkan?"tanyaku seolah-olah seperti seorang pro..eh.jap-jap..nie kan cite aku..konpem-konpem la aku watak utama yang memang pro.ceyh.

"Cari Agent Izza..aku pasti dia ada maklumat yang berguna untuk kau."Presiden Sayup terus berlalu dan menghilang dari pandangan.

Aku mula gelisah. Resah. "Ah sudah,takkan tak ada orang lain kut. Kenapa mesti dia?" Aku bermonolog sensorang..(*hah, apa? Monolog tak taw? Isyh2.kesian dowh). Dan lantas aku ambil keputusan untuk tidak berjumpa dengan Agent Izza. Malas adalah alasan yang munasabah untuk diberikan, walaupun alasan itu masih lagi belum cukup munasabah.

Lokasi pertama, aku menuju ke Pedua Kompleks untuk menemui pemberi maklumat aku, Jeroi yang pada anggapan aku adalah nama samaran yang disebabkan dia boroi, tetapi ternyata anggapan aku betul-betul salah(lorh!!dah betul salah pulak,haish)..Jeroi adalah nama sebenar..Jeroi bin Jekobing. Hah!nampak tak.nampak tak.bapak dia pun... Ok cukuplah,korang habiskanlah sendiri teka-teki keluarga si Jeroi ni.

Jeroi menghulurkan aku sebatang rokok Wingstone tetapi aku menolak sebab  aku prefer rokok melayu, rokok Salim namanya..(*Disclaimer: aku tak merokok ye..ini cerita khayalan dan ghairah hairan semata sahaja). Tanpa aku sedari, sepasang dua pasang mata memerhatikan aku dan Jeroi.

Tiba-tiba,
Bang!Bang!!

Bersambung…..