Pages

Wednesday, February 29, 2012

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti =))











Disclaimer: I googled these pictures.
Source of picture : Click the picture,will you?

Sunday, February 19, 2012

Kalau kau rasa kau betul..kau betul la

Setiap entry aku yang penuh emosi,
mesti aku ada sikit perasaan ghairah nak menulis.
Haaa!! Tengok, baru je sebut ghairah, cepat bebeno kome nak usya post aku kan.

Hari ini aku nak cerita pasal tikam belakang kawan.
Satu perasaan yang akan kita dapat bila kena tikam dari belakang adalah perasaan sakit.
Kut-kut ada sesiapa yang merasa gembira apabila ditikam dari belakang, sila letak tangan kiri kat dagu.
Hah! Tangan kat mana tu? Tangan kiri? Dagu?
Aku boleh tolong tikam betul-betul kalau nak tahu sakit ke tak, mau?

Aku rasa la, orang yang tikam belakang orang ni tak pernah rasa kut macam mana kena tikam dari belakang.
Lebih-lebih lagi yang mangsanya adalah kawan sepermainan, sekelas, sekatil,erk?, dan macam-macam se-lagi. Tak ke korang tahu perasaan sakit itu boleh menyebabkan mangsa menjadi pedendam. Dendam ni. Dendam ni. Eh. Please jangan kotor sangat ek, bukan lurah dendam tau. Yang tu lain.

Kalau gua boleh cakap la kan, gua rasa gua nak tikam belakang diorang balik.
Gua cakap je, tak niat pun..

Monday, February 6, 2012

cerita tanpa nama tanpa rasa

assalamualaikum,

buang masa....
buang masa....
buang masa....

kebelakangan ini aku banyak menulis benda yang mengarut dan menjengkelkan..
terasa malas mahu menulis sesuatu yang serius..
apatah lagi ingin menceritakan kehidupan peribadi..
macam mendedahkan diri berbogel di depan orang ramai..
apakan daya..
ini blog aku yang aku punya..
yang mendengar tanpa ada rasa jemu..
kerana..
pembaca setianya hanyalah
aku..
apa??
ada pembaca setia di luar sana?
aku musykil juga.

keputusan yang kita ambil dalam kehidupan kita seharian,
yang kita rasakan adalah terbaik,
tapi sebaliknya,
mengundang rasa tidak senang pada sekeliling,
apa perlu aku kira?
biarkan walaupun merobek hati,
atau menjengah walau memakan diri..
apakah perasaan ini?
haish!!

Sunday, February 5, 2012

Perasaan Aneh

Kau jenguk ke kiri dan ke kanan.
Aneh!
Dan merasakan ada sesuatu yang kurang dari kebiasaannya.
Apakah dia?

Adakah bersangkut paut dengan alam mistik?
Atau, perasaan hati yang sukar dimengerti.


 
pilihan yang sukar dimengerti..

Andainya pilihan adalah sesuatu yang sukar,
just throw a dice..will do kah?

Friday, February 3, 2012

Misi : Menjejak Turner Part 1

Agent Jaded menunjukkan kad kuasanya..


Sayup-sayup kedengaran nama aku dipanggil Presiden Sayup..kenapa nama dia Sayup..masih menjadi tanda tanya dan misteri sampai sekarang.

"Agent Jaded, aku ada tugasan untuk engkau." Presiden Sayup tiba-tiba bersuara memecah keheningan.

"Ahh setan, aku juga yang di carinya.."kata aku dalam hati sambil merasakan pasti setan sedang tersedak sebab namanya disebut.

"Aku nak kau cari Agent Turner, dia dikatakan hilang semasa pulang dari membeli pampers"

"Erk, pampers?" aku pura2 terkejut padahal aku tahu yang Agent Turner memang selalu kencing malam masa tidur. "Baiklah, aku akan cari dia. Ada apa-apa petunjuk yang ditinggalkan?"tanyaku seolah-olah seperti seorang pro..eh.jap-jap..nie kan cite aku..konpem-konpem la aku watak utama yang memang pro.ceyh.

"Cari Agent Izza..aku pasti dia ada maklumat yang berguna untuk kau."Presiden Sayup terus berlalu dan menghilang dari pandangan.

Aku mula gelisah. Resah. "Ah sudah,takkan tak ada orang lain kut. Kenapa mesti dia?" Aku bermonolog sensorang..(*hah, apa? Monolog tak taw? Isyh2.kesian dowh). Dan lantas aku ambil keputusan untuk tidak berjumpa dengan Agent Izza. Malas adalah alasan yang munasabah untuk diberikan, walaupun alasan itu masih lagi belum cukup munasabah.

Lokasi pertama, aku menuju ke Pedua Kompleks untuk menemui pemberi maklumat aku, Jeroi yang pada anggapan aku adalah nama samaran yang disebabkan dia boroi, tetapi ternyata anggapan aku betul-betul salah(lorh!!dah betul salah pulak,haish)..Jeroi adalah nama sebenar..Jeroi bin Jekobing. Hah!nampak tak.nampak tak.bapak dia pun... Ok cukuplah,korang habiskanlah sendiri teka-teki keluarga si Jeroi ni.

Jeroi menghulurkan aku sebatang rokok Wingstone tetapi aku menolak sebab  aku prefer rokok melayu, rokok Salim namanya..(*Disclaimer: aku tak merokok ye..ini cerita khayalan dan ghairah hairan semata sahaja). Tanpa aku sedari, sepasang dua pasang mata memerhatikan aku dan Jeroi.

Tiba-tiba,
Bang!Bang!!

Bersambung…..