Pages

Wednesday, December 28, 2011

Exam dan Peperiksaan

Assalamualaikum.


Sekarang ni musim orang mengawan mengambil peperiksaan,
dan yang pastinya sorang-sorang muka dah mula ketat semacam sebab belajar benda yang
satu sem dalam masa seminggu je or less.
Hebat kan?Haha.

Dan pastinya time inilah orang mula ramai berbondong-bondong menuju ke perpustakaan.  
Yela.Ok, termasuklah aku juga.  
Study katanya.

Well, aku start exam pun lagi 2 minggu tambah tolak.. sekarang aku stidu je lebih.
Bila la nak turun rahmat kat aku ni yek..ngeeeee!

Anyway, aku nak wishes good luck to all yang mengambil peperiksaan.
Adios.

Belajar rajin-rajin,
Ingat mak bapak.

Saturday, December 24, 2011

Penghujung Tahun, Ragam dan Memori

Senyum.

Duga langkah terhenti pasti bila destinasi menjadi tentu

Sedar mahupun tidak, lagi beberapa ketika akan mulalah tahun baru.
Tahun 2012.
Pelbagai memori yang tercipta, yang manis, yang pahit, dan tak kurang juga bercampur keduanya..
Eh!? Bagaimana pula macam itu Jaded?
Apa saja boleh terjadi kan, hurmm.

Aku tak nak cerita panjang-panjang, tapi cukup lah yang aku tahu,
aku mahu tinggalkan tahun 2011 ini secepatnya.
Terlampau banyak derita dan kepedihan bagi aku..haha (eh,boleh gelak pulak?)

Anyway, aku rasa its better for me to move on, again..
Till next time,
Sayonara.


Manusia yang pelbagai ragam.
Yang tak mengerti bahawa hati ini rapuh.
Yang merentap hati ini menjadi debu-debu halus.

Aku doakan kau bahagia selalu.
P/S: Bukankah doa orang yang teraniaya dimakbulkan Tuhan..haha

Sunday, December 11, 2011

Aku Pun Manusia Biasa

Senyum.


Semua bermula dari sekarang.


Kadang-kadang bila memikirkan masa depan terdetik juga sedikit kegusaran.
Rasa macam terlalu banyak perkara yang tak pasti.
Kerja?
Jodoh?
Ajal?
Apa-apa boleh terjadi kan?

Semuanya bakal dicorakkan dari masa ini.
Bakal ditentukan pada hari ini.

Tapi hidup sekarang tidak indah, bagaimana pula mahu pasti akan mendapat hidup yang indah kelak?
Mudah sahaja.
DOA.

Tapi gaya aku cakap macam la benda tu senang kan?
Macam la aku tak ada masalah.

Apa nak buat..
Hidup mesti diteruskan walau apa jua dugaan yang datang.

*Maaf..post ni memang merapu..kahkah!

Thursday, December 1, 2011

Usia Penghalang Percintaan?

Hai, Assalamualaikum.


Bukan berapa usianya tapi siapa dia


Senyum sendiri.
Teringat kenangan lama, tapi apakah dia?
Ah, biarkan saja tersimpan di hati.
Terbuku erat dan rapat.
Simpan ketat-ketat.

Kadang-kadang dalam kehidupan kita tak akan terlepas daripada berdepan dengan masalah, kannn?
yang masih belajar dengan masalah assignment,
yang sedang bekerja dengan masalah kerja,
yang miskin dengan masalah duit,
yang kaya dengan masalah duit..erk? duit juga?
dan yang bercinta dengan masalah cinta.

Cinta. 
Cukup sinonim dengan usia, ye dak? 
Takkan wujud frasa "cinta monyet" kalau tak dikaitkan dengan usia.
Kenangan menerpa. 
Ah, biarkan saja. 

Bercinta dengan orang yang tak seusia dengan kita?
Kalau perempuan dengan lelaki yang lebih tua, itu biasa.
Tapi, kalau perempuan dengan lelaki yang lebih muda?
Janggal mungkin?

Si lelaki,
Sebenarnya tiada masalah andai kata kamu bercinta dengan orang yang lagi tua dari kamu.
Cuma pastikan persefahaman wujud antara korang berdua.
Tak guna bercinta kalau sebelah pihak saja yang menghulur walhal sebelah pihak lagi,
menjeling pun tidak kan?kan?

Si perempuan,
Setiap hubungan ada risikonya.
Andai jodoh kamu dengan mereka yang lagi muda dari kamu,
Terima dia dan layan dia seolah-olah dia sebaya dengan kamu, walaupun hakikatnya tidak.
Jangan wujudkan istilah aku lagi tua dari kamu, jadi aku lagi berpengalaman dari kamu.
Umur tidak melambangkan pengalaman seseorang, okay?

Terimalah pasangan kamu seadanya.
Paling penting, jangan permainkan hati dia seandainya memang tiada ruang untuk dia di hati, yek.


To Love Is Nothing,
To Be Loved Is Something,
To Love And To Be Loved Is Everything

Wednesday, November 30, 2011

Hati Sekeras Batu

Toleh kanan,
Toleh kiri,
Pejam mata,
Senyum paksa dalam hati.


Perlukah hati menjadi sekeras ini?


Hari ini aku ingin bersentimental seketika.
Ah, biarkan aku.
Entah kepada siapa harus aku bercerita.
Entah kepada siapa ingin aku memula bicara.
Mereka yang aku kenal sudah tidak seperti dahulu.
Mereka yang berubah lantas meninggalkan aku? Atau,
Aku yang berubah lantas meninggalkan mereka?
Entah.

Kadang-kadang dalam hidup,
kita tak akan dapat sesuatu yang kita sayang walaupun sayangnya kita
terhadap sesuatu itu melebihi segala.
Salahkah aku untuk belajar menyayangi?
Kenapa direntap kebahagiaan itu pergi?
Adilkah?

Aku kerap mempersoalkan.
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?

Lumrahlah dunia ini.
Hati.
Sabarlah kamu ye.


Sunday, November 27, 2011

Broadband Mana Patut Aku Pilih?

Hai, Assalamualaikum.
Tentunya setelah memilih untuk menyambung kembali legasi blog legend aku yang tak berapa nak hidup ini yang seumpama "hidup segan mati terus tanam". Perkara yang utama perlu difikirkan tak lain dan tak bukan semestinya adalah sambungan internet aku. Well, macam mana korang nak berblog bagai kalau tak ada internet, kannnn? Dan macam mana juga korang nak baca blog aku kalau korang tak ada internet jugak? Betul tak? Hahaha. *Bajet macam ada orang yang baca je pun.




Bagi aku punyai sambungan internet dah macam punyai inhaler bagi orang lelah..seriuuuus!! 

Pernah korang terfikir tak andai kata lah,
1. bila satu hari nanti tetiba seluruh dunia mengalami gangguan internet. Misalnya, wifi tidak dapat dikesan, dial-up tidak dapat dihubungi. Ohsem, mesti huru hara kan? Haha..atau,
2. sememangnye penemuan internet memang tak pernah ditemui, mesti kita sekarang ni pun takkan kenal apa itu Facebook, Myspace, Twitter, dan juga Friendster sekali, pun tak terkecuali.
Sengih sendiri.

Well, sekarang ni ada bermacam-macam pelan internet dekat luar sana,
baik Maxis, Celcom, Digi, U-Mobile, Yes, Unifi, Wimax, dan banyak lagi..
Persoalannya, yang mana yang harus korang pilih?

Bajet
Ya, ini adalah kriteria yang paling utama dalam memilih, ye dak?
Umumnya, aku yang sebagai student, konpem-konpem la tak dak duit nak bayar pelan internet yang mahal setiap bulan, kannn? Jadi, apa yang aku buat sudah tentu-tentunya melihat pelan internet yang paling murah.
Korang pun sama je macam aku kan? Ngaku tak?Ngaku tak? Haha.

Kuota
Jaded, apa maksudnya 'kuota' tu?
Ok, aku tak la pandai IT sangat, jadi kalau aku salah, betul-betulkanlah ye.
Tapi, dari apa yang aku kaji (*ceh, macam kaji je pun)..kuota tu adalah had untuk internet korang setiap bulan (atau minggu atau hari bergantung pada apa yang korang ambil).
Jadi sebagai contoh, andai kata korang memilih pelan A sebanyak RM56 sebulan dan had kuotanya adalah 3GB, so, bila korang dah download cerita hindustan berlambak dalam pc korang, sampai cukup 3GB, so that's it. Internet korang sama ada akan terputus ataupun akan mengalami loading yang lama. But somehow, depends on your plan, ada pelan internet yang akan terus memberikan kelajuan download yang sama, tapi korang kena bayar balik la next month nyer berapa lebihan download korang tu.

Jadi, mana lebih baik?
Aku suka cari yang unlimited sebenarnya, tapi kadang-kadang unlimited ni tertakluk pula pada 'Fair Usage Policy' dia yang seperti apabila sampai satu tahap kuota untuk mendownload, yang aku terang kat atas tu, kelajuan download dia akan berkurangan.
Contohnya, kelajuan biasa adalah 14.4Mb/s tapi bila dah sampai kuota yang ditetapkan, kelajuan dia berkurang menjadi 64Kb/s.. Seee? Tapi korang tak perlu nak bayar ekstra la untuk bulan depannya bagi pelan jenis ini, sebab nama dia pun dah "unlimited" kannn?

Coverage
Yang ini pun penting juga sebab apa guna memilih pelan yang mahal-mahal bagai dan akhirnya tempat kamu tak diliputi. Ceyh! Hangin kan. Haha


Jadi, pada semua yang masih berkira-kira untuk memilih pelan internet yang mana, korang cuba la teliti semula pelan mana yang lebih baik untuk korang..

 ~All the best~

Friday, November 25, 2011

Permulaan Baru Itu Indah?

Senyum..
Andai itu yang diperlukan untuk melangkah laju ke hadapan kembali..
Barangkali sudah sampai seru untuk aku bagi menghidupkan kembali blog aku dengan suasana yang lebih berbeza..
Permulaan yang lebih baik..
Barangkali.




Untuk kawan yang sentiasa di sisi,
Untuk kawan yang selalu memberi dan menasihati, dan
Untuk kawan yang rasa dirinya dikhianati.
Aku harap permulaan baru ini kita ubah segalanya ya.

I want to say I deserve better and mean it. 
I want to say I give up and believe it. 
I want to say I'm moving on and do it.