Pages

Thursday, November 15, 2012

Parent Wannabe

Duduk kat rumah sepanjang minggu cuti semester nie,
kemain penuh rumah aku dengan budak-budak.
Anak sape tah la ni,
sume minta penampo..
kehkehkeh. Okey, tang tu aku gurau je.


Pengaruh mak aku ni kira besar jugak la,
tak satu taman kenal, satu KL lagi la tak kenal.
Tapi, sebab mak aku ni pandai jaga budak,
walaupun ditolak, orang nak juga suruh mak aku jaga anak-anak diorang ni.
Alaaa, jadi pengasuh budak la.  
Kemon. Kemon. Takkan tu pun tak tahu.


Hasil pemerhatian aku terhadap gejala menghantar anak ke rumah orang perseorangan,
iaitu macam hantar kat mak aku ni la,
yakni bukan nurseri. Alaaa, nurseri tu rumah warna-warni penuh budak-budak tu.
Ade gelongsor-gelongsor kengkadang. 
Bukan nurseri yang jual pokok bunga tu.
Kemon. Kemon. Takkan tu pun tak tahu.


Aku cuma nak bagi nasihat/tips sikit la kat mak bapak yang nak
hantar anak diorang kat orang perseorangan macam ni,
bukan ape..
kadang-kadang ada mak bapak ni yang jenis
tak paham bahasa atau
buat-buat tak paham bahasa atau
memang lembap kut..KUT.
kan aku da cakap kut tu.


Antara yang patut diberi perhatian :-
  • Please ambil anak korang lepas je korang balik dari kerja. Kalau ye pun nak shopping sakan, ambil anak pastu gi la shopping. Kan manis bershopping bersama-sama suami dan anak tersayang Jah oiii. Anak ko pun nak jalan jugak.
  • Tak payah mengada-ngada nak ambil cuti pastu nak hantar anak suruh orang jaga. Banyak senang hidup kau. Tu anak kau, bukan anak orang. kalau nak buat macam tu, tolong hantar anak anda ke nurseri in the first place.
  • Tolong ambil anak anda selewat-lewatnya pukul 6.30 petang. Ini penting sebab selalunye bapak aku letak budak-budak-tak-bersalah-tapi-mak-bapak-die-buat-muka-tak-bersalah macam ni kat luar pagar lepas je pukul 6.30 petang. Apa kau ingat pengasuh tak reti nak rehat? Nak ngadap je anak kau 24 jam? *aku letak bintang jugakla, aku tipu bab letak luar tu. Kang ada yang percaya bulat-bulat pulak. Ceyh.
  • Sila bagi saguhati kepada pengasuh selalu. Kurang-kurang beli la Gucci ke, Prada ke, Porsche ke kat pengasuh. Senang hati dia nak jaga anak kau. *yang ni bukan compulsory. 
  •  Siapkan pakaian anak anda secukupnya. Lebih pun tak apa. Budak-budak rajin main. Baju selalu kotor. kalau kau bagi sehelai je untuk die pakai petang mase kau nak ambil. Kemungkinan besar memang anak kau mandi time petang tu je la. Sekian.
  •  Makanan kunyah-kunyah untuk anak kau. Kau tak payah risau la takut makanan tu bagi kat budak lain. Kalau nurseri aku tak tahu la. Alaaa, anggap sedekah sudah kalau jadi pun. Pahala sapa tak nak?


Aku rase aku dah malas nak cerita panjang-panjang lagi.
Oh, tips yang paling penting yang patut aku bagitahu mengalahkan tips-tips kat atas tu.

  • Masa ambil anak anda, lepas je ambil barang-barang anak, si pengasuh cerita sikit pasal anak, sila lah pulang. Pengasuh tu dah la penat jaga anak kau. Kalau hari-hari kau datang nak ambil anak kau pastu nak serve kau kopi la teh la kejadahnye? Kalau sekali-sekala tak pe jugak. Kut kalau pengasuh ada hal, takkan nak halau kau kut?

  • Ini untuk bapak, kalau nak ambil anak tu cukup lah sampai kat pintu rumah. Tak perlu lah nak masuk sampai dalam. Kalau nak ambil anak dalam buaian misalnya, fine, angkat dan segeralah keluar. Tak payah terhegeh-hegeh nak agah-agah anak dalam buaian la, ape la. Kat rumah kau nanti buatlah puas-puas. Kat rumah orang tak payah. Untuk isteri takpe, tapi rujuk rule di atas. TQ =))


Macam mane? Dah berkira-kira nak hantar ke rumah pengasuh?
Aku cerita macam ni untuk jenis yang tak hantar ke nurseri la. Nurseri tu lain. Ramai budak.










2 comments:

  1. kalau aku ade anak aku sanggup hantar rumah perseorang. Yakin dengan penjagaan. Insyaallah tak delah jenis tipikal parent x faham bahasa letak ank kat umah org. hehe

    ReplyDelete
  2. Wahh..yup..kadang2 terjaga kalau anak hantar rumah perseorangan ni..
    InsyaAllah.ada anak nanti jadi parent yang penyayang ye.=)

    ReplyDelete

komen tak perlu pusing-pusing, nanti pening.