Pages

Sunday, February 19, 2012

Kalau kau rasa kau betul..kau betul la

Setiap entry aku yang penuh emosi,
mesti aku ada sikit perasaan ghairah nak menulis.
Haaa!! Tengok, baru je sebut ghairah, cepat bebeno kome nak usya post aku kan.

Hari ini aku nak cerita pasal tikam belakang kawan.
Satu perasaan yang akan kita dapat bila kena tikam dari belakang adalah perasaan sakit.
Kut-kut ada sesiapa yang merasa gembira apabila ditikam dari belakang, sila letak tangan kiri kat dagu.
Hah! Tangan kat mana tu? Tangan kiri? Dagu?
Aku boleh tolong tikam betul-betul kalau nak tahu sakit ke tak, mau?

Aku rasa la, orang yang tikam belakang orang ni tak pernah rasa kut macam mana kena tikam dari belakang.
Lebih-lebih lagi yang mangsanya adalah kawan sepermainan, sekelas, sekatil,erk?, dan macam-macam se-lagi. Tak ke korang tahu perasaan sakit itu boleh menyebabkan mangsa menjadi pedendam. Dendam ni. Dendam ni. Eh. Please jangan kotor sangat ek, bukan lurah dendam tau. Yang tu lain.

Kalau gua boleh cakap la kan, gua rasa gua nak tikam belakang diorang balik.
Gua cakap je, tak niat pun..

0 kata dari kepala yang berpusing-pusing:

Post a Comment

komen tak perlu pusing-pusing, nanti pening.