Pages

Friday, February 3, 2012

Misi : Menjejak Turner Part 1

Agent Jaded menunjukkan kad kuasanya..


Sayup-sayup kedengaran nama aku dipanggil Presiden Sayup..kenapa nama dia Sayup..masih menjadi tanda tanya dan misteri sampai sekarang.

"Agent Jaded, aku ada tugasan untuk engkau." Presiden Sayup tiba-tiba bersuara memecah keheningan.

"Ahh setan, aku juga yang di carinya.."kata aku dalam hati sambil merasakan pasti setan sedang tersedak sebab namanya disebut.

"Aku nak kau cari Agent Turner, dia dikatakan hilang semasa pulang dari membeli pampers"

"Erk, pampers?" aku pura2 terkejut padahal aku tahu yang Agent Turner memang selalu kencing malam masa tidur. "Baiklah, aku akan cari dia. Ada apa-apa petunjuk yang ditinggalkan?"tanyaku seolah-olah seperti seorang pro..eh.jap-jap..nie kan cite aku..konpem-konpem la aku watak utama yang memang pro.ceyh.

"Cari Agent Izza..aku pasti dia ada maklumat yang berguna untuk kau."Presiden Sayup terus berlalu dan menghilang dari pandangan.

Aku mula gelisah. Resah. "Ah sudah,takkan tak ada orang lain kut. Kenapa mesti dia?" Aku bermonolog sensorang..(*hah, apa? Monolog tak taw? Isyh2.kesian dowh). Dan lantas aku ambil keputusan untuk tidak berjumpa dengan Agent Izza. Malas adalah alasan yang munasabah untuk diberikan, walaupun alasan itu masih lagi belum cukup munasabah.

Lokasi pertama, aku menuju ke Pedua Kompleks untuk menemui pemberi maklumat aku, Jeroi yang pada anggapan aku adalah nama samaran yang disebabkan dia boroi, tetapi ternyata anggapan aku betul-betul salah(lorh!!dah betul salah pulak,haish)..Jeroi adalah nama sebenar..Jeroi bin Jekobing. Hah!nampak tak.nampak tak.bapak dia pun... Ok cukuplah,korang habiskanlah sendiri teka-teki keluarga si Jeroi ni.

Jeroi menghulurkan aku sebatang rokok Wingstone tetapi aku menolak sebab  aku prefer rokok melayu, rokok Salim namanya..(*Disclaimer: aku tak merokok ye..ini cerita khayalan dan ghairah hairan semata sahaja). Tanpa aku sedari, sepasang dua pasang mata memerhatikan aku dan Jeroi.

Tiba-tiba,
Bang!Bang!!

Bersambung…..

0 kata dari kepala yang berpusing-pusing:

Post a Comment

komen tak perlu pusing-pusing, nanti pening.